Orang Muda Diberi Tumpuan… Kami Akan Buktikan – Calon BN Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 12 Nov – Dalam konteks orang muda jelas bahawa golongan tersebut terangkum dalam manifesto yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan seharusnya kepercayaan diberikan kepada parti berkenaan.

Calon muda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang, Noor Azleen Ambrose berkata bukan sahaja golongan berkenaan, malah pelbagai peringkat kumpulan lain juga tidak diabaikan sebaliknya diberi penekanan yang sama.

“Dalam PADU satu perkara luar biasa yang saya ingin sentuh… kalau secara langsung orang muda boleh dapat adalah soal pendidikan iaitu BN komited untuk menawarkan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi kepada keluarga B40.

“Ini saya kira satu perkara yang agak luar biasa dan mengujakan kerana kita tahu hari ini dengan peningkatan kos sara hidup, ramai daripada keluarga B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan tinggi untuk anak-anak mereka.

“Jadi dengan tawaran PADU daripada BN ini harap disambut baik oleh pengundi dalam usaha menastikan ramai anak muda kita dilatih dan diberikan pendidikan setinggi yang mungkin,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu beliau mengadakan ‘walkabout’ di sekitar Jalan Semerbak bersama jentera yang lain.

Mengulas lebih lanjut, Azleen seterusnya menambah komitmen BN kepada golongan muda tidak dapat dinafikan dan telah terbukti.

“Inilah yang membezakan antara BN dengan parti lain. Kalau kita ambil dari sudut konteks penawaran manifesto, sebelum dikemukakan 99 tawaran itu beberapa rundingan dalaman kita buat..buat kajian serta libat urus dengan keajaan  khususnya dalam usaha memastikan apa yang kita tawarkan itu benar-benar tawaran yang boleh dilaksanakan.

“Beri kita kemenangan dan kita akan laksanakan dan akan buktikan 99 perkara  seperti yang dijanjikan,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.