Realitikan Kemenangan BN, Mampu Bawa Kesejahteraan Dan Kestabilan Negara – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Sudah empat tahun berbahas tentang calon, kepimpinan dan individu maka kini tiba masanya harus meneruskan perjuangan demi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, demikian tegasnya Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Dalam hal ini beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengajak setiap penyokong dan ahli parti memperkukuh solidariti demi memastikan setiap calon BN menang.

“Berlapang dada… nilai yang kita pegang juga adalah sama iaitu tiada parti lain yang mampu membawa kesejahteraan dan kestabilan kecuali BN.

“Parti akan berpecah jika kita tidak ‘move on’ dan ekonomi negara juga tidak akan berkembang jika asyik bertelagah.

“Pelbagai kejayaan ekonomi, sosial dan politik telah capai apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tegasnya lagi, ini terbukti bahawa DNA UMNO cekap mentadbir negara dan memberikan kesejahteraan dan ini yang perlu dikekalkan.

“Sebagai orang Islam, kita perlu percaya pada ketentuan Allah SWT. Kepentingan parti melebihi kepentingan individu,” katanya.

Tambah Dr Najmil, terdahulu rakyat sibuk tentang pembubaran Parlimen, apabila sudah dibubarkan sibuk pula tentang siapa akan menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kita sibuk pula pertikaikan tentang calon yang dipilih. Isu ini takkan habis sampai bila-bila dan harap dapat hentikan isu ini.

“Lebih baik fokuskan gerak kerja parti bagi memenangkan calon BN,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.