PH Berbohong… Mana Petisyen Bantah PRU15 Dibuat Rafizi Ramli? – Mohd Rizan

KUALA LUMPUR, 2 Nov – “Maka benarlah, sikap orang-orang munafik itu adalah apabila bercakap mereka berbohong, apabila berjanji tidak ditunaikan.

Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk, Mohd Rizan Razali terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dengan rakusnya sebelum ini berkempen diseluruh pelosok tanah air memfitnah UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagai gila kuasa kerana ingin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim tengkujuh dan banjir.

Beliau malah menyindir ayat-ayat manis kononnya PH mempersiapkan jentera menghadapi banjir namun kini ianya bertukar kepada persiapan jentera menghadapi PRU15.

“Mana perginya petisyen bantah PRU15 di musim banjir yang di buat oleh Rafizi Ramli? Yang kita lihat sekarang hanya sibuk berceramah di sana sini, takut dengan bayang-bayang sendiri kerana kegagalan pentadbiran selama 22 bulan

“Nah, sekarang kita sendiri lihat sebaik sahaja pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri, puak-puak inilah yang pertama sekali menyusun jelajah ke pelosok tanah air.

“Puak-puak ini jugalah yang pertama mengumumkan calon-calon bagi PRU15, apa jadi dengan kerisauan mereka berkenaan dengan pilihan raya di musim tengkujuh?” soal beliau ketika dihubungi UMNO Online

Jelas Mohd Rizan lagi, lihat sahaja apabila tiga negeri di bawah PH iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak dibubarkan dengan alasan menghadapi banjir yang akhirnya ketiga-tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri ini akan bertanding sebagai calon Parlimen.

“Inilah wajah PH, penipuan, memfitnah, helah dan putar belit adalah mainan mereka. Sikap mereka ini bukan lagi asing kepada rakyat di Malaysia, mereka sangup buat apa sahaja untuk berkuasa, walaupun terpaksa mengadai prinsip dan maruah demi mencapai cita-cita mereka.

“Cukuplah kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat selama 22 bulan serta drama politik setelah PRU14, mereka bukan pentadbir yang baik… renung-renungkan,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.