Lautan Biru Semarakkan Calon BN Untuk Parlimen, Sedia Depani PRU15

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menjadi saksi lautan biru sempena Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung malam tadi.

Tinjauan menyaksikan ribuan jentera dari seluruh negara hadir, rata-rata menunjukkan semangat terhadap persediaan begitu tinggi untuk bergerak secara bersepadu bagi menghadapi pilihan raya.

Mereka juga memakai baju BN sebagai simbolik kepada semangat dan perpaduan dalam kalangan jentera parti.

Pengumuman calon yang dilakukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut menyaksikan kehadiran; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta lain-lain kepimpinan gabungan ini.

Malam tadi juga menyaksikan tema ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ menjadi sandaran BN pada PRU15 ini untuk pembangunan negara dan kesejahteraan yang agenda utama gabungan ini sekiranya mendapat mandat rakyat.

Untuk rekod pada 10 Okt lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan.

Ianya telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga turut menetapkan tarikh 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November sert bagi pengundian awal ialah pada 15 November. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.