Gelombang Biru Di Kelantan… Isyarat Rakyat Mahukan Perubahan

MACHANG, 31 Okt – Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) peringkat negeri Kelantan berlangsung meriah dan jayanya apabila majlis ini dibanjiri dengan selautan gelombang biru, membuktikan bahawa rakyat di negeri Kelantan mahukan perubahan.

Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu dihadiri oleh Pengerusi BN Kelantan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob serta barisan kepimpinan negeri dari pelbagai peringkat.

Tinjauan UMNO Online mendapati rata-rata hadirin bersemangat berserta azam dan iltizam untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini.

Dengan kemeriahan majlis yang berlangsung ini menjadi bukti bahawa rakyat di Kelantan mahukan perubahan setelah berpuluh tahun diperintah oleh parti yang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Semoga dengan sokongan jitu dizahirkan oleh rakyat Kelantan ini dapat membakar semangat para jentera di Kelantan untuk bekerja bagi menukar kerajaan yang lebih baik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.