Gelombang Biru Tekad Untuk Solidariti Kestabilan Dan Kemakmuran

BERA, 27 Okt – Siri Himpunan Solidariti dan Kemakmuran diteruskan lagi pada hari ini di kawasan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO sendiri bagi menunjukkan tekad UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Perhimpunan yang bermula pada jam 3.00 petang itu dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan negeri di pelbagai peringkat.

Tinjauan UMNO Online turut menyaksikan jentera dari pelbagai negeri turut hadir bagi memeriahkan lagi himpunan ini selain menunjukkan solidariti yang kukuh terjalin dalam parti.

Sesungguhnya himpunan ini jelas menunjukkan kesediaan serta kesatuan yang terjalin dalam parti bagi mewujudkan kestabilan serta kemakmuran untuk rakyat bersama. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit