PH Tadbir Negara Bawa Ke Lembah Durjana… Kembalikan BN Mampu Stabilkan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros yakin sebuah kerajaan yang kuat, kompeten dan stabil dapat dibentuk sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Jelasnya, yang paling mustahak BN mempunyai tekad dan komited untuk melakukan lebih banyak agenda pembaharuan sekiranya menang pada PRU 15 ini selepas negara dirosakkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan memerintah.

“Paling perlu dibimbangi jika PH kembali menjadi kerajaan. Ini apabila dah terbukti mereka gagal mengurus negara dan merosakkan institusi penting dalam negara, mencabuli perlembagaan dan akhirnya membawa negara ini ke lembah durjana yang lebih dahsyat.

“BN komited dan berpegang teguh kepada keluhuran perlembagaan. Bukankah zaman PH isu ICERD telah mencetuskan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang jelas menjejaskan keharmonian kaum dan prinsip keluhuran perlembagaan.

“BN banyak merancang melaksanakan pelbagai projek mega yang bakal mencipta ribuan peluang perkerjaan baharu… yang berpendapatan tinggi dengan gaji kompetitif untuk anak-anak muda di Malaysia. Tapi sayang… PH batalkan semua sekaligus meleraikan hati dan masa depan anak-anak muda,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang mengakui negara ini berdepan dengan pelbagai cabaran namun BN berazam untuk jadikan kerajaan yang kuat dan stabil.

“Saya akui negara berdepan dengan situasi cabaran dan tekanan dari pelbagai sudut ekonomi namun komited diadakan pilihan raya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang kuat. Tentulah kerajaan yang kuat dan stabil datangnya dari BN

“Paling mustahak BN tekad dan komited untuk melakukan lebih banyak agenda pembaharuan institusi sekiranya menang pada PRU 15 ini,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama kata Azleen turut mempertikaikan Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga pimpinan PKR, Hassan Abdul Karim yang ‘tutup mulut’ terhadap bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas.

“Pak Hasan sebagai pengamal undang-undang berdiam diri tentang laporan yang dikeluarkan baru-baru ini. Tentang bagaimana Tommy Thomas menyalahgunakan kuasa dalam menentukan hakim dan menggangu sistem kehakiman negara, bak kata pepatah ‘diam tanda setuju’.

“Pak Hasan adalah satu dari 15 kes yang digugur ketika peguam negara walaupun kes hasutan masih sedang berjalan. Adakah ini satu perkara ‘hipokrit? Kita nak bercakap tentang sesuatu harus berlandaskan fakta,” katanya.

Tegasnya lagi, semenjak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih tampuk kerajaan, ternyata semua institusi dan badan penting pusat berjalan dengan baik tanpa campur tangan politik seperti Bank Negara, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.