PRU15: Buat Pilihan Tepat… Hanya UMNO/BN Mampu Tawar Kestabilan

 

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ketua Penerangan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Husna Abdul Rahaman berharap agar para pengundi dapat membuat pilihan tepat dalam menentukan parti yang bakal mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

Jelasnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah pilihan yang terbaik kerana parti itu dapat menawarkan kestabilan bagi memacu ekonomi negara.

“Apa yang kita harapkan ialah para pengundi dapat memilih dengan tepat pada PRU ke-15 dengan meletakkan UMNO/BN sebagai pilihan utama mereka.

“Hanya UMNO/BN sahaja yang dapat memberikan negara kita kestabilan politik. Kalau politik di negara kita tidak stabil, maka susah untuk kita membangunkan ekonomi,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya itu turut melahirkan rasa syukur kerana mereka telah bersedia untuk menghadapi peperangan PRU ke-15 setelah Parliemn dibubarkan.

“Bagi peringkat Wanita di Putrajaya, alhamdulilah segala susunan dan gerak kerja kami telah pun bergerak serta berjalan dengan lancar.

“Sebenarnya, kami di Putrajaya ini seusai PRU ke-14, kami tidak pernah berehat untuk menjayakan Jalinan Rakyat (JR) bagi mendekati masyarakat setempat,” katanya lagi.

Menurutnya, di sebalik kelancaran gerak kerja Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, berdirinya seorang Ketua UMNO Bahagian yang sentiasa bersama mereka dari segi menjaga kebajikan rakyat dan pengundi.

“Jadi, alhamdulilah pergerakan kami ini berjalan dengan lancar kerana Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa bersama dari segi menjaga rakyat di bahagian ini.

“Sokongan beliau sendiri sebenarnya memudahkan kerja kami untuk mendekati rakyat setempat. Meskipun kita pernah menjadi pembangkang suatu ketika dahulu, UMNO/BN tetap memberi sumbangan kepada mereka.

“Maka yakinlah bahawa hanya UMNO/BN yang sentiasa cakna dengan masalah rakyat tidak mengira posisi dalam kerajaan serta tidak ‘memilih bulu’. Pilihlah UMNO/BN, nescaya kebajikan rakyat akan didahulukan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.