Gelombang Biru Raikan Himpunan Solidariti Kestabilan Dan Kemakmuran Terengganu

HULU TERENGGANU, 21 Okt – Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran dimeriahkan selautan gelombang biru, menunjukkan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan besar untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Perhimpunan yang bermula pada jam 3.00 petang itu dihadiri oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri; Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Pengerusi BN Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat serta barisan kepimpinan negeri dari pelbagai peringkat.

Majlis turut dimeriahkan dengan seni tradisi negeri ini iaitu persembahan dikir barat.

Tinjauan UMNO Online turut menyaksikan anggota parti selaku jentera PRU15 dari negeri-negeri lain turut hadir bagi mengukuhkan lagi solidariti yang telah terbina.

Setakat minggu lalu dilaporkan bahawa Terengganu tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, UMNO/BN Terengganu akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan untuk menghadapi musuh di lapan kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.