PRU15: Penamaan Calon 5 November, Pengundian 19 November


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 19 November sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November.

Dengan penetapan tarikh tersebut, sebanyak 14 hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen dalam PRU ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan pengundian awal adalah pada 15 November

Terdahulu pada 10 Oktober, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.