Lautan Biru Banjiri Dataran Seri Serdang, Gelombang Kebangkitan Menuju PRU15

BANDAR BAHARU, 19 Okt – Dataran Seri Serdang di Kulim menjadi saksi lautan biru sempena Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) dengan tema ‘Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran’ yang berlangsung hari ini.

Bermula jam 3 petang ianya dihadiri oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Perdana Menteri yang juga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Pengerusi BN Negeri Kedah, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom di samping barisan kepimpinan pelbagai peringkat.

Tinjauan menyaksikan ribuan jentera dari pelbagai bahagian negeri ini hadir, rata-rata menunjukkan semangat terhadap persediaan begitu tinggi untuk bergerak secara bersepadu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Mereka juga memakai baju biru bagi memeriahkan kebangkitan gelombang biru dan semangat untuk memenangi PRU15.

Terdahulu, Kedah pada PRU15 akan menyaksikan hanya kerusi Parlimen dipertandingkan disebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan.

Untuk rekod Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan.

Pembubaran itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.