PRU15: Gelombang Biru Tanda Solidariti Kestabilan Dan Kemakmuran

BAGAN DATUK, 17 Okt – Sambutan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasiona (BN) seluruh negeri Perak pada majlis pelancaran jentera BN dengan tema ‘Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran’ menunjukkan momentum serta semangat ahli parti begitu tinggi untuk bergerak secara bersepadu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Lebih lima ribu jentera BN Perak telah berkumpul di dalam dewan perdana dan pekarangan kawasan Kompleks UMNO Bagan Datuk sejak jam 1 lagi dengan menunggu kedatangan pimpinan tertinggi parti.

Rata-rata yang hadir di sini memakai baju biru sebagai dalam memeriahkan kebangkitan gelombang biru dan semangat untuk memenangi PRU ke 15.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuat kuasa hari ini.

Untuk rekod Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU -15 diadakan.

Pembubaran itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.