Nurul Izzah Dibidas… Bercakap Soal Banjir Tapi Apa Yang Dibuat Untuk Permatang Pauh

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said membidas mantan Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Nurul Izzah Anwar yang dianggap hipokrit berkaitan soal banjir.

Menerusi video yang dikongsikannya, Zaidi berkata apakah yang dilakukan oleh Nurul Izzah untuk rakyat kawasan berkenaan ketika dilanja banjir dan sebagainya.

“Saya nak tanya Nurul Izzah, apa yang beliau buat di Permatang Pauh, jangan pertikai soal banjir yang belum pasti berlaku. Beliau perlu sedar bahawa Permatang Pauh, Permatang Rawa selalu banjir tapi apa yang dia buat. Dia perlu sedar bahawa di Tanah Liat, Taman Guru selalu banjir apa yang beliau buat,” katanya.

Datuk Zaidi melontarkan perkara berkenaan ketika majlis perasmian Mesyuarat UMNO dan Pelancaran Jentera parti Permatang Pauh semalam.

Mohd Zaidi seterusnya menegaskan Nurul Izzah tidak perlu hipokrit dan seolah-olah mereka sempurna segala-galanya sedangkan realiti yang sebenar adalah sebaliknya.

“Jangan hipokrit dengan rakyat Permatang Pauh… jangan hipokrit… mereka bercakap seolah-olah mereka itu cukup sempurna… hakikatnya mereka tidak pernah buat apa pun untuk rakyat Permatang Pauh. Apa perjuangan mereka,” tambahnya.

Tambahnya lagi BN Permatang Pauh akan turun ke setiap pelusuk kawasan pada Pilihan Raya umum (PRU) nanti.

“Ya… PRU15 ini adalah jawapannya.Saya akan turun ke setiap pelusuk Permatang Pauh,” katanya.– UMNO Online

https://www.facebook.com/100039745459647/videos/5796090907079740/