Tekad Bersama BN, Rakyat Tahu Permainan Dap Hanya Perguna Melayu – Hang Tuah

KUALA LUMPUR,  17 Okt – Tindakan Dap yang seringkali meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam kawasan-kawasan tertentu adalah sesuatu yang sudah dijangka.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din berkata UMNO/BN tidak menghalang apa-apa tetapi orang Melayu tentunya tahu menilai dan sudah serik pembohongan parti tersebut semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Kita tidak boleh menghalang Dap hendak letak calon orang Melayu, Iban ataupun Kadazan dan kita tidak boleh menghalang… terpulang kepada mereka untuk menentukan tetapi percaya bahawa selepas PRU14 nampak begitu jelas bahawa penipuan-penipuan telah terserlah yang dilakukan oleh Dap.

“Sudah pasti orang Melayu tidak akan terima walaupun calon itu adalah orang Melayu dan UMNO tidak bimbang dan harus bersedia bertembung dengan parti itu.

“Sebagai orang UMNO/BN harus bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini waima siapa sahaja calon di sebelah sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Tambah Hang Tuah ia merupakan satu tarikan sokongan dan strategi parti tersebut untuk menarik pengundi Melayu.

“Telahan ini menjadi benar apabila ada usaha untuk menarik pengundi-pengundi Melayu bagi mengundi calon mereka.

“Apa yang telah dianalisis oleh pihak UMNO/BN bahawa pengundi Melayu trauma dengan Dap semenjak parti itu memimpin negara selama 22 bulan,’ ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.