Sokongan Rakyat, Kerjasama Jentera Perkuat UMNO Pastikan BN Menang

KUALA LUMPUR, 16 Okt – UMNO Bahagian Sabak Bernam yakin untuk mengekalkan kerusi Parlimen kawasan ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya biarpun Barisan Nasional (BN) bergerak solo namun keyakinan itu adalah berdasarkan sokongan daripada rakyat dan juga kekuatan jentera parti yang bekerja sebaiknya.

“Saya percaya bahawa BN akan tetap dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sabak Bernam dengan sokongan dan kerjasama kuat seluruh jentera BN,” katanya.

Beliau juga turut menekankan bahawa BN bergerak bersendirian setelah mengambil kira kenyataan pemimpin Pas yang memutuskan untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian selepas Persidangan UMNO Bahagian Sabak Bernam yang turut dihadiri oleh parti-parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan The Indian Progressive Front (IPF) selaku Friends of BN, semalam.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan bahagian tersebut sebulat suara menyokong Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15.

Katanya ini rentetan daripada keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang setuju untuk mengangkat Ahli Parlimen Bera itu mengetuai pentadbiran kerajaan selepas BN memenangi PRU15.

“UMNO bahagian bersidang selaras dengan ketetapan Perlembagaan parti… disertakan sekali dengan pelancaran jentera BN

“Kami juga sebulat suara menyokong solidaritI kepimpinan presiden bersama YAB Naib Presiden yang merupakan Perdana Menteri.

“Menyokong sebulat suara atas keputusan MKT yang mencalonkan hanya Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.