PH Tak Bubar DUN Sibuk Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Terdahulu dilaporkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan itu diambil bagi memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir di tiga negeri terbabit.

Soal Dr Asyraf Wajdi, adakah ini juga bermaksud bahawa semua pemimpin-pemimpin PH yang berasal dari tiga negeri terbabit tidak akan keluar berkempen pada PRU15 sebab mereka akan sibuk bagi memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir?

“Sekiranya mereka juga turut sibuk berkempen dalam tempoh PRU15 dan bukan sibuk memastikan persiapan banjir maka ini bermakna mereka berbohong kepada rakyat lagi agar mereka boleh merasa menjadi kerajaan bagi beberapa bulan lagi sebelum DUN negeri dibubar secara automatik apabila tempohnya tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Okt lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.