Kesiapsiagaan UMNO/BN Berada Di Tahap Tertinggi, Tekad Pastikan Menang PRU15 – Abdul Rahman

LIPIS, 16 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kini kesiapsiagaan UMNO/Barisan Nasional berada di tahap tertinggi dalam usaha memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Katanya, tekad kini adalah untuk menyumbangkan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dalam PRU-15 dengan majoriti yang lebih besar

“Tahniah saya ucapkan kepada semua perwakilan kerana catatkan 100 peratus kehadiran dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.

“Tiada yang lebih menggembirakan daripada menyaksikan sendiri pejuang-pejuang bangsa ini hadir penuh ikhlas menjalankan amanah, memenuhi syarat dalam perlembagaan parti.

“Kita tidak ada masa yang banyak namun saya yakin kesiapsiagaan UMNO dan BN berada di tahap tertinggi dalam menghadapi PRU-15,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian terbabit yang diadakan di Wisma UMNO di sini, semalam.

Abdul Rahman yang tiba pada jam 8.30 pagi telah disambut perwakilan dengan kehadiran seramai 500 orang.

Turut hadi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Ir Mohd Soffi; Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Mustapa Long; Ketua Pemuda Bahagian, Farid Mohd Nor serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Lipis.

Sebagai rekod, BN telah memenangi kerusi Parlimen Lipis dan semua kerusi DUN dalam PRU-14 yang lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.