PH 2.0 In The Making… Kitar Semula Kempen Penipuan, Fitnah Dan Propaganda Jahat – Zahida

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, pembangkang terutamanya Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan sikap mereka dalam melakukan fitnah kepada UMNO/Barisan Nasional (BN).

Katanya, mereka akan mengulangi propaganda seperti yang pernah dilakukan pada PRU14 yang lalu dalam mempengaruhi rakyat.

“Pakatan Harapan (PH 2.0) in the Making… selepas berjaya perdaya pengundi dengan cara penipuan, fitnah dan propaganda jahat, sudah tentu mereka akan kitar semula gunakan senjata sama dan diulang-ulang dalam kempen.

“Ungkapan fitnah UMNO perompak, pencuri akan diratip untuk menghasut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau, meskipun telah mendapat kepercayaan daripada rakyat namun mereka mengambil kesempatan malah bertindak melakukan pelbagai kekacauan yang akhirnya memberi kesan kepada negara dan rakyat.

“Selepas rakyat beri peluang, apa yang mereka buat? Selain daripada kehancuran kepada negara.

“Ekonomi merudum, sistem keadilan dirosakkan, keharmonian kaum juga dirosakkan, sejarah mahu diubah mengikut pemikiran Dap.

“Siri pengkhianatan lompat si katak lompat jadi amalan, dan banyak lagi jika nak disenaraikan… nak bagi peluang lagi kepada ‘kluster perosak’ ini di kertas undi kalian?” tegas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.