Jangan Sesekali Rakyat Terlupa – Razlan

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata pendirian pembangkang sekarang ini dalam keadaan yang kacau bilau, huru hara dan kelam kabut.

Jelas beliau, mereka masih buntu mencari jalan keluar, masih dengan agenda mahu mengalahkan musuh namun gagal memahami bahawa memerintah negara ini bukan hanya disebabkan kebencian.

“Pembangkang masih berpendapat, untuk menyelesaikan masalah negara hari ini keutamaannya untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN), tidak kira apa yang telah berlaku semasa penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, ianya semua adalah masalah lain, rakyat, negara dan ekonomi bukan keutamaan. Yang menjadi keutamaan adalah kuasa politik perlu di rampas dahulu, kemudian baru cerita soal bagaimana untuk membahagikan kuasa.

“Tun Mahathir mahu menjadi perdana menteri semula, Anwar Ibrahim teringin sangat untuk dilantik perdana menteri walupun sehari, Muhyddin Yassin percaya beliau lebih layak dari kedua pemimpin ini, beginilah keadaan pemikiran mereka untuk diangkat menjadi perdana menteri.

“Keadaan ini tidak ubah dengan keadaan ‘janji manifesto’ yang melanggit dan janji yang tidak masuk akal. Ketika itu apa sahaja yang difikirkan akan membeli jiwa rakyat untuk terpengaruh tawaran Pakatan Harapan (PH), mereka masukan sebagai janji, tol percuma, penghapusan PTPTN, dan banyak lagi yang dimasukkan ke dalam manifesto demi untuk mendapat sokongan, buat atau tidak… itu semua tidak dipedulikan dan paling penting kuasa dahulu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Persoalannya, sudah lupakah rakyat kepada peristiwa pengkhianatan politik sesama gabungan ini? Terlupakah rakyat akan sikap tidak bertanggungjawab PH ketika membuat janji?Terlupakah rakyat tentang hasutan yang akhirnya telah mewujudkan politik PH yang tidak setabil dan menjadikan rakyat sebagai bahan taruhan mereka semata-mata untuk mendapat kuasa.

Jelasnya lagi, setiap undi anda diperlukan untuk mewujudkan kestabilan dalam Negara.

“Setiap kita bertanggungjawab untuk memilih kerajaan yang lebih stabil, blok pembangkang sedang bercelaru untuk mencari kemenangan, pujuk rayu dan permainan politik antara mereka semuanya berpaksikan kuasa.

“Jangan percaya apabila mereka mengatakan kononya mahu berperang dengan rasuah, lihat sahaja apabila kuasa baru setahun jagung rasuah sudah menjadi darah daging pembangkang,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.