Keputusan Pas Sudah Dijangka, UMNO Tak Tutup Pintu Penyatuan, BN Bergerak Solo Untuk PRU15

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Pas Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sudah dijangkakan.

Hakikatnya, kata beliau UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

“Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian menerusi kenyataan media berikutan kenyatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memaklumkan memilih bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU ke-15. – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/10/KENYATAAN-MEDIA-13-OKT-2022.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.