PH Kembali Dengan Janji Palsu… Bangkitlah Dari Mimpi Janji Manis – Khaidirah

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar berharap agar rakyat bangkit daripada igauan mimpi janji manis yang ditaburkan oleh pihak lawan khususnya Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana katanya, PH sudah kembali dengan janji ulangan palsu meskipun manifesto bukan kitab suci mereka dahulu hanya janji tinggal janji dan harapan tinggal harapan.

 

“PH kembali dengan janji palsu mereka dan saya tidak pasti kalau masih ramai lagi rakyat Malaysia yang termakan dengan janji-janji mereka. Kita tidak mahu lagi ulang kesilapan yang sama. Of course on our side UMNO/Barisan Nasional (BN), we admitted kita tak perfect dan maksum tapi kita tahu apa yang kita mampu buat untuk rakyat and it was proved for second time of chances. Saya rasa tidak perlu lagi kita nak sangkal.

“Nak percaya dengan janji-janji mereka khususnya daripada seorang pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, even formula daripada timbalan dia, Rafizi, segala macam yang dia dah pun taburkan tohmahan dan sebagainya, saya rasa rakyat boleh fikir bagi yang dah pernah mengundi. Tetapi untuk pengundi-pengundi baharu yang pertama kali nak mengundi nanti ingat semula dan tengok balik macam mana, finalise betul-betul,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim turut berkata, rekod kepimpinan UMNO/BN telah membuktikan bahawa hanya parti ini yang mampu untuk membangunkan negara.

Track record kita dah tunjukkan bahawa UMNO/BN antara kerajaan ataupun kepimpinan yang mampu memberikan rakyat perkhidmatan yang terbaik dan pembangunan yang lebih teratur. Kita tidak potong bantuan JKM, kita tak pernah pun nak tarik balik bantuan yang telah diberi selama ini. Tak kisah sama ada pernah mengundi ataupun tidak.

“UMNO/BN ni, once we were elected, we have won it, we will served entirely. Kita tak pernah cakap pun “oh sebab you ahli Pas, sebab you ahli Bersatu kita tak nak bantu”. Tak pernah. Kita tak kisah pun. Kalau namanya rakyat, kita akan tetap membantu dan kita akan tetap sokong, kita bawa apa jua aduan rakyat ke peringkat tertinggi, selesaikan masalah tidak mengira siapa mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khaidirah turut berharap agak rakyat lebih celik dalam menilai janji serta fitnah yang ditaburkan oleh PH dalam memilih wakil rakyat serta kerajaan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Jadi, untuk kita rasakan bahawa janji-janji mereka seperti nak mansuhkan PTPTN, turunkan harga minyak, tol percuma, I think this is repetitive. Macam dejavu. Jadi saya harap rakyat Malaysia tidak hidup dalam mimpi-mimpi yang tidak logik. This is not reality. Kenyataannya bukan begitu.

“Harap kita tidak mengulangi lagi kesilapan kita. Sama juga dengan kerajaan UMNO/BN. Andai diberikan mandat pun kita tidak akan ulang balik kesilapan kita yang sama. Sama-sama kita belajar dan jadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang layak menerima pembangunan yang lebih baik. Jangan kita hukum negara kita because we been so emotional, we been so personal towards one or two particular person or particular parties.

“Kita kena fikir negara kita. Masa depan negara kita ini layak terima yang lebih baik. Bukan sekadar mimpi ataupun ‘syok-syok’ mengikut emosi kita sahaja,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.