UMNO Tidak Pernah Tolak Usaha Untuk Penyatuan Ummah – Khaled

KUALA LUMPUR, 10 Okt – UMNO tidak pernah menolak segala usaha untuk penyatuan ummah, demikian tegas Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut beliau, sedangkan parti yang menolak UMNO adalah untuk menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Bagi UMNO, formula Pas untuk mendukung PPBM bukan rumus untuk ummah yang bersatu kerana PPBM adalah parti yang jelas ditubuhkan untuk melemahkan kekuatan sebenar orang Melayu melalui UMNO.

“Kekuatannya adalah superficial tidak dibangunkan melalui perjuangan hakiki tetapi dibina melalui sindiket pengkhianatan politik paling licik dan jelik dalam sejarah politik Malaysia,”

Jelas Mohamed Khaled kerana itu, PPBM tidak mempunyai ‘standing’ sebagai pendukung kesatuan dan perpaduan Melayu kerana DNAnya ialah anti UMNO dan karakternya adalah khianat.

Beliau menambah bahawa UMNO adalah sebuah gerakan politik, bukan gerakan dakwah kerana tugas UMNO ialah mengurus dan mentadbir negara sejak awal penubuhannya lagi.

“Penyatuan ummah tidak semestinya hanya akan terbit melalui kerjasama politik demi pilihan raya ia telah dan akan UMNO usahakan dalam pelbagai ruang lingkup, pada setiap masa dan bukan bermusim bila ia mentadbir nanti.

“Segala perhitungan UMNO adalah pada kelangsungan politiknya dan kepentingan bangsa Melayu. Adalah strategik untuk orang Melayu mempunyai parti terbesar dan paling dominan dalam Kerajaan akan datang.

“Fokus UMNO ialah untuk mengembalikan semula kekuatan sebenarnya agar ia dapat menjadi jurucakap orang Melayu yang berkesan.

“… ia tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan PPBM pastinya. Kerana telah menjadi cita-cita PPBM untuk UMNO itu di diakhiri, ditolak dan dimatikan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.