Bajet 2023 Sabah Tidak Terpinggir Dari Arus Kemajuan Perdana Negara – Bung

KOTA KINABALU, 10 Okt – Peruntukan yang disediakan untuk Sabah dalam Bajet 2023 membuktikan negeri ini tidak terpinggir dari arus kemajuan perdana negara.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bajet kali ini disifatkan menyeluruh, inklusif dan memihak kepada rakyat khususnya untuk memulihkan ekonomi negara

Katanya dalam Bajet 2023 Sabah yang memperolehi peruntukan sebanyak RM6.3 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan di mana ia merupakan peningkatan sebanyak RM1.14 juta berbanding dengan tahun ini sebanyak RM5.16 bilion yang sudah tentu turut membantu mempercepatkan pelaksanaan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dirancang oleh kerajaan negeri.

“Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan penduduk luar bandar yang mahukan pembaharuan terutama di Sabah dalam usaha kita menjayakan Pelan Pembangunan (SMJ) agar ianya bergerak pentas,” katanya ketika ditemui disini dan diminta memberikan maklum balas terhadap Bajet 2023 yang dibentangkan pada jumaat lepas.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut menyambut baik bajet 2023 yang memperuntukan sejumlah RM16.5 bilion bagi sektor pengangkutan dan berharap dari jumlah tersebut keutamaan perlu diberikan kepada penyiapan projek Pan Borneo Sabah yang dijanjikan siap pada 2024.

“Kerajaan Negeri mengharapkan agar dari jumlah peruntukan bagi sektor pengangkutan keutamaan perlu diberikan perhatian kepada penyiapan Projek Lebuh raya Pan Borneo di Sabah yang kemajuanya agak perlahan berbanding di Sarawak” katanya

Menurut Bung penyiapan Projek lebuh Raya Pan Borneo, pembinaan jalan raya menghubungkan Kalabakan ke Simanggaris di Indonesia dan RM250 juta peruntukan untuk membangunkan Pelabuhan Kontena di Teluk Sepanggar bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas yang lebih baik kepada rakyat di negeri ini sekali gus ia menjadi pembangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Dengan pembukaan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia, perpindahan rakyat Indonesia dari kepulauan Jawa dijangka berlaku secara besar-besaran, maka tempias ekonomi akan turut melanda negeri ini khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut menyambut baik peruntukan sebanyak RM2.55 bilion untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak yang diharapkan dapat menyelasaikan masalah keperluan infsfrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air, elektrik jambatan dan lain-lain yang masih diharapkan oleh rakyat di negeri ini.

Bung menambah bagi mempercepatkan lagi proses pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini ,sekali lagi megulangi cadangan beliau sebelum ini ,agar peruntukan yang disediakan dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri untuk diselaraskan oleh jabatan atau agensi berkaitan.

Katanya, ini bagi memastikan segala peruntukan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan lancar kerana kerajaan negeri lebih memahami demografi dan keperluan rakyat di negeri ini.

Dalam perkembangan yang sama Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah optimis kandungan Belanjawan 2023 ini akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin jika rakyat memilih sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman mengurus dan melaksanakanya.

“Saya yakin dan percaya setiap inisiatif dan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan dalam belanjawan tahun hadapan sudah tersedia untuk direalisasikan, bagaimana pun rakyat perlu bersama menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti berupaya mentadbir dan mengurus ekonomi negara sebelum ini” katanya.

Bung berkata rakyat pada bila-bila masa akan berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15),justeru amat penting untuk rakyat menyokong BN tanpa terpengaruh dengan janji-janji pembangkang dalam manifesto mereka terutamanya menjelang PRU ke-15,

Menurut Bung rakyat sudah melalui pengalaman bersama pembangkang sebelum ini bukan sahaja mereka tidak melaksanakan segala janji dalam manifesto semasa PRU Ke-14 ,namun keadaan politik tidak setabil yang turut menjejaskan keadaan ekonomi negara semasa pemerintahan mereka.

“Jika kita tersalah pilih dalam PRU-15 kali ini sudah tentu segala perancangan yang baik untuk kemajuan dan kemakmuran negara akan terjejas dan rakyat akan menerima kesannya,” jelas Bung.

Bung menaruh harapan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama akan mencapai Wawasan Kemakmuran Bersma 2030 (WKB2030) selaras dengan semangat Keluarga Malaysia demi mamastikan rakyat di negeri ini dapat menikmati pembangunan secara saksama dan kita berharap ianya berjalan lancar tanpa sebarang kerenah birokrasi bagi memastikan segala perancangan dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.