Selamat Bersidang, Masa Untuk Kukuhkan Solidariti Dan Idealisme Perjuangan – Sharkar
KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian yang berlangsung di seluruh negara akan dapat mengukuhkan lagi idealisme perjuangan.
Pada masa yang sama beliau yang juga Ketua UMNO Temerloh turut mengharapkan ianya akan mengukuhkan lagi solidariti di dalam parti khususnya untuk menghdapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Selamat bermesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara. Inilah platform dan medium untuk masing-masing berkongsi pandangan dan sebagainya.
“Semoga akan memperkukuhkan idealisma perjuangan, memperkukuh solidariti dan bersedian untuk menghadapi PRU-15. Selamat Bersisang,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Bermula 7 Oktober sehingga 9 Oktober seluruh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara mengadakan mesyuarat masing-masing.
Sharkar seterusnya berharap mesyuarat itu juga membolehkan masing-masing mempersiapkan usaha serta gerakan untuk menghadapi PRU15 nanti.
“Inilah masa terbaik dan waktu sewajarnya masing-masing menggunakan platform yang ada bukan sahaja untuk parti malah untuk memperjuangkan isu rakyat seluruhnya,” tambahnya. – UMNO Online