Manifesto Bukan Kitab Suci, Belenggu PH Depani PRU15

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan Pakatan Harapan (PH) bimbang sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada masa terdekat.

Katanya ini kerana mengikut maklumat yang diperolehi mereka, parti itu akan tewas dengan teruk akibat rakyat masih ingat tentang penipuan manifesto bukan kitab suci mereka.

“Hakikatnya tahun lepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan November 2021 tidak pula PH naikkan isu pasal banjir?

“Mereka sering bercakap tentang kerajaan sekarang adalah kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap.

“Tapi bila UMNO mendesak untuk adakan PRU secepat mungkin tiba-tiba PH pula mempertahankan kerajaan sekarang.

“Tak ke pelik dengan perangai pemimpin PH ini? Mereka sendiri pun konpius sesama sendiri sehinggakan ahli-ahli mereka mula meninggalkan mereka dan tidak lagi terikut-ikut mereka lagi sebab mereka sendiri tertipu dan malu dengan janji-janji yang pemimpin mereka telah tabor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau malah memberi pesanan kepada rakyat untuk tidak mudah terpedaya dengan janji yang diberikan oleh pemimpin PH, mengambil pengajaran daripada penipuan dilakukan mereka pada PRU14 lalu.

“Baru-baru ini pula Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa dia berjanji agar tidak berjanji. (Hahahaa.. apa benda la macam ini) dan enam hari lalu dia siap keluar kenyataan bahawa dia akan mansuhkan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ulang balik janji sebelum ini yang dia tipu. Anda rasa boleh percaya lagi ke?

“Saya harap anda semua jangan lagi percaya dengan janji-janji manis PH kerana mereka sudah pun menipu rakyat semasa PRU14. Jangan kita tertipu buat kali kedua di PRU15 nanti.

“Kembalikan mandat rakyat kepada Barisan Nasional kerana BN mengutamakan kestabilan dan kemakmuran negara,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.