Puad Persoal Kenapa Penerima Dana 1MDB Dari Pulau Pinang Tidak Didakwa?

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal ekoran tiada siasatan dilakukan ke atas 250 penama yang didakwa menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau meluahkan kemusykilan kerana siasatan dijalankan pada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu seperti menyembunyikan sesuatu.

“Bocor lagi apabila UMNO Pulau Pinang buat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 250 penama yang didakwa menerima wang lebih RM780 juta daripada 1MDB. Tahniah UMNO Pulau Pinang.

“Majoritinya daripada Pulau Pinang tapi kenapa Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu senyap, Rafizi pun senyap. Kenapa Tommy Thomas tidak siasat dan dakwa mereka?

“Kenapa orang UMNO seperti Shahrir Samad sahaja yang didakwa. Itulah hipokrasi PH yang minta mandat kali kedua, tak payahlah… karut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Terdahulu pada Selasa, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Pulau Pinang, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin menggesa SPRM menyiasat lebih 250 penama daripada individu-individu yang menerima sejumlah wang bernilai lebih daripada RM700 juta yang bersumber daripada 1MDB.

Katanya difahamkan sebahagian besar penerima telah dilindungi dan Dr Shaikh meminta kesemua mereka ini dibawa ke muka pengadilan, malah siasatan sama ada campur tangan dari Badan Eksekutif ke atas badan Kehakiman juga perlu dilakukan. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.