Rakyat Mahu Negara Stabil… PRU15 Perlu Dilaksana Demi Masa Depan – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berpandangan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 perlu diadakan dengan kadar segera kerana rakyat mahukan kestabilan negara.

Katanya, ini jelas dilihat apabila rakyat yang mahukan kestabilan menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Sekarang ini pembangkang merasa gentar melihat rakyat memberikan sokongan yang padu pada UMNO/BN sebagaimana PRN Melaka dan Johor sehingga mendapat sebuah kerajaan negeri yang cukup stabil.

“Pembubaran ini harus dilakukan dalam kadar segera, biarlah sebelum bajet 2023 diumumkan. Kalau dibubarkan selepas bajet akan ada bermacam-macam cerita dari pembangkang termasuk juga bajet bayangan. Sudah pasti akan melakukan perkara yang sama pada PRU lalu.

“Lebih baik mengadakan PRU sebelum bajet kerana manifesto yang bakal dijanjikan di masa kempen pilihan raya itulah yang akan menjadi sebagai bajet nanti apabila menang pada PRU15 kelak,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Aziz yang Ketua Pemuda UMNO Kota Kinabalu berkata pembangkang selalu memberikan pelbagai alasan kerana takut hadapi pilihan raya.

“Pembangkang sering memberikan pelbagai alasan kerana mereka tahu sekarang ini lkurang mendapat sokongan dan takut hadapi pilihan raya.

“Mereka memanipulasi pemikiran rakyat agar tidak diadakan pilihan raya dengan berbagai alasan seperti banjir, ekonomi dunia merudum dan termasuk juga harga telur,” jelasnya.

Tambah Aziz , beliau yakin dengan keupayaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya yakin Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Perdana Menteri Malaysia mentadbir negara ini sudah nampak angka-angka ekonomi semakin naik dengan mendadak berbanding semasa pemerintahan PH dan PN walaupun dikala inflasi dunia sedang berlaku.

“Ini menunjukkan keyakinan pelabur yang datang ke sini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.