Zahida Pertikai Masa PH Berkuasa Dulu, Ada Mereka Fikir Masalah Rakyat?

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan membidas Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan rakyat sebagai alasan untuk menangguh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Masa PH berkuasa dulu ada mereka fikir masalah Rakyat? Yang ada minta kita ‘ikat perut’ kononnya kerajaan tiada duit, kerajaan nak bankrap,” katanya dalam hantaran pendek melalui laman Facebooknya berkaitan hal terbabit.

Sebelum itu, Ahli Parlimen PH, Sim Tze Tzin dilapor menggesa pemimpin kerajaan untuk menumpukan perhatian menyelesaikan masalah kekurangan telur di pasaran daripada bercakap mengenai pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, ketika zaman pentadbiran PH, respons pemimpin mereka apabila rakyat tertekan berikutan harga barang naik ketika itu ialah antaranya rakyat jangan bergantung bantuan kerajaan, rakyat jangan jadi pemalas dan perlu ikat perut.

Malah ada pemimpin PH yang dipetik berkata “harga barang naik sebab harga barang degil tak nak turun harga.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.