Gendang Dipalu… Semangat JR Cukup Tinggi, Tempuh Cabaran Onak Dan Duri – Norshida

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata semangat Jalinan Rakyat (JR) Wanita cukup tinggi walaupun sentiasa berdepan dengan cabaran termasuklah apabila gendang perang sudah dipalu.

Bagi beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, pelbagai onak dan duri dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul tidak melunturkan semangat masing-masing malah terus mengorak langkah ke depan.

“Kupasan Hari Ini menerusi ‘Dialog Bangkit ‘Cabaran Jalinan Rakyat’ kita berkongsi pandangan. Cabaran JR Wanita, kita kuat tempuhi onak duri kerana berkat semangat, keikhlasan dan perjuangan.

“Berbuat kebaikan kepada orang lain juga adalah satu kebajikan. JR Wanita sudah bersiap sedia.

“Tahniah diucapkan buat Datuk Hajah Normala Abdul Samad, terima kasih YB Asiah Md Ariff yang merasmikan program tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Terdahulu Norshida berkongsi pandangannya menerusi Program Dialog Bangkit yang mengupas tajuk ‘Cabaran Jalinan Rakyat’ yang berlangsung di dewan raya Masai.

Norshida seterusnya menambah JR Wanita bukan sahaja telah bersedia malah sentiasa berkhidmat untuk rakyat.

“Segala perancangan dan segala pendekatan akan dilaksanakan sebaiknya. Apa pun cabaran yang mendatang Wanita tetap melangkah membantu parti mencapai kejayaan.

“Selamat .aju jaya mendekati rakyat menerusi strategi yang dirancangkan,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.