WoRLD Perkasakan Lagi Pimpinan Wanita – Mastura

 

SEPANG, 23 Okt – Pengerusi Sekretariat Profesional Wanita UMNO, Datuk Mastura Yazid yakin walaupun pembabitan Wanita dalam politik masih dikadar yang rendah, Program Re-Energize Women Leadership Development (WoRLD) hari ini, diharap akan menghasilkan lebih ramai pemimpin Wanita yang bersedia untuk diketengahkan bukan sahaja sebagai pemimpin dalam politik malah dalam pelbagai cabang yang lain pada masa akan datang.

Berucap pada Program WoRLD, di sini hari ini, beliau berkata selari dengan inspirasi Wanita UMNO, sememangnya mereka memerlukan latihan dan pendedahan ilmu politik bagi mempersiap siagakan bakal pemimpin yang akan menerajui Malaysia pada masa hadapan.

“Alhamdulillah dengan izin Ilahi, kita para pemimpin Wanita yang datang dari Utara, Pantai Timur, Selatan tanahair dan dari jauh, Sabah berkumpul di dalam majlis ilmu ini bagi melengkapkan kita semua untuk berdiri sebagai seorang pemimpin. Selamat datang ke Program WoRLD!

“Kita pimpinan Wanita UMNO julung kalinya tempohari telah menghadiri konvensyen Barisan Nasional (BN) yang mahukan ‘School of Thought’ atau ‘School of Politics’ seperti di negara-negara maju untuk melatih dan membentuk kepimpinan di kalangan para pemimpin Wanita.

“Maka, hari ini idea ini menjadi realiti. Saya merasa begitu bangga dengan komitmen kehadiran 120 peserta perwakilan Wanita UMNO yang datang dengan semangat yang berkobar-kobar, dengan misi dan visi yang lebih fokus – Demi Memperkasa Kepimpinan Wanita UMNO Malaysia,” katanya.

Program tersebut dirasmikan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mewakili Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut serta Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan pimpinan Wanita UMNO yang lain.

Lebih 100 peserta terlibat dan program tersebut yang merupakan siri pertama dan akan diteruskan lagi selepas ini.

Mastura seterusnya menambah Program WoRLD ini merupakan sebuah program unik yang direka khas untuk para pemimpin Wanita UMNO Malaysia.

Saya boleh katakan tiada lagi mana-mana parti di Malaysia yang buat program sebegini untuk para pemimpin mereka. Bertemakan moto ‘Mengarus Perdanakan Perjuangan dan Mengarus Perdanakan Kepimpinan Wanita’, saya kira ianya selari dengan matlamat program ini dalam memperkasa kepimpinan Wanita.

“Apa yang perlu kita renungi, tanpa perlu berada dalam kepimpinan tertinggi sekalipun, Wanita sebenarnya sudah memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan bangsa dan Negara, baik dalam aspek ekonomi, kesihatan, sosial mahupun politik. UMNO Online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit