Makin Dekat PRU15 Makin Banyak Fitnah, Tohmah, Penipuan Pembangkang – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 23 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas pembangkang yang dianggap semakin banyak melakukan fitnah, tohmahan dan penipuan untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan memandangkan semakin dekat menghampiri Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Antara bukti katanya ialah ialah ‘posting’ oleh Ahli Parlimen Kluang daripada parti Dap, yang ternyata adalah satu lagi contoh penipuan pembangkang dalam usaha menghasut rakyat mengenai Enakmen Anti-Lompat Parti.

“Adakah pihak pembangkang di Johor tidak tahu atau buat-buat tidak tahu proses undang-undang negara?

“Tidak tahu, bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Jika tidak faham, infografik yang disediakan ada jelaskan di peringkat mana proses ketika ini,” bidasnya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Tegas beliau, kerajaan negeri tidak pernah menidakkan kepentingan Akta Anti-Lompat Parti, sebaliknya, kerajaan negeri akan terus mengikuti proses dan saluran undang-undang yang betul dalam hal ini bagi memastikan amalan demokrasi terjamin di Johor.

“Ini juga adalah komitmen BN Johor bagi melunaskan Ikhtiar BN yang diumumkan semasa pilhan raya negeri tempoh lalu. Namun kita tidak perlulah hendah mendahului mana-mana pihak.

“Terkini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah akan mendapatkan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan, sebelum memberi perkenan terhadap Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

“Setelah perundangan ini berkuatkuasa di peringkat negeri, barulah negeri meminda Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri selaras dengan Sekyen 6 Akta A1663 berhubung dengan pindaan Jadual Kelapan, iaitu peruntukkan larangan lompat parti,” katanya lagi.

Dilaporkan semalam dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menolak rundingan mengenai cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan cadangan terhadap Enakmen Anti-Lompat Parti.

Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilaporkan berkata rundingan itu tidak dipersetujui selepas undian dijalankan semasa Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama DUN ke-15 di Iskandar Puteri, semalam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.