Ahmad Zahid Anggap Kejayaan Perjuangan UMNO/BN Walau Diaib, Kebenaran Harus Ditegakkan

SHAH ALAM, 23 Sept – “Saya telah diaibkan, telah dimalukan malah telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan dan telah ‘dihukum’ terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’ tetapi Alhamdulillah… hari ini menyaksikan segala-galanya bahawa perundangan telah ditegakkan demi kebenaran,” demikian tegasnya Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu beliau amat yakin bahawa apa yang telah dipertuduhkan ke atasnya adalah mengikut lunas undang-undang.

“Dari hari pertama hingga keputusan hari ini saya amat yakin bahawa perlaksanaan perundangan telah diteliti dan diperincikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Yazid Mustafa .

“Saya merasakan dan biarpun harus reda dengan jihad yang telah ditimpakan ke atas saya namun istiqamah dan amat yakin bahawa tuduhan-tuduhan itu tidak pernah dilakukan,  amat yakin selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO bahawa ini adalah kejayaan dan perjuangan BN dan UMNO,” katanya pada sidang media di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menzahirkan penghargaan kepada barisan peguamnya, ahli keluarga, kepimpinan UMNO serta penyokong-penyokongnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam-peguam yang amat profesional dan cemerlang dalam mahkamah dan juga seluruh ahli keluarga yang sentiasa mendoakan keadilan yang telah ditetapkan ini. 

“Saya tidak akan pernah lupa pada kawan yang tidak jemu untuk bersama-sama di mahkamah ini yang datang dari jauh malah sejauh Sabah ada yang hadir ke sini.

“Terima kasih juga pada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi BN Comms, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ahmad Zahid  daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dengan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.