‘Malaymophobia’ Agenda Cauvinis Ultra Kiasu – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim menyetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan perlakuan bekas peguam negara Tommy Thomas amat merbahaya kerana cubaan mewujudkan ‘Malaymophobia’.

Ini kerana katanya, dengan mengambil strategi barat mewujudkan ‘Islamaphobia’ yang terbukti berkesan apabila sebahagian penduduk dunia percaya dan memandang serong terhadap umat Islam, dalam konteks ucapan Tommy membenci orang Melayu.

Jelasnya, perlakuan Tommy tidak boleh diterima sama sekali dan penuh yakin rakyat Malaysia yang majmuk tidak akan terpengaruh lagi dengan kaedah ultra kiasu ciptaan Dap ini.

“Sudahkah kita lupa bahawa ‘suhu harmoni’ antara rakyat berbilang bangsa sangat tinggi sepanjang tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah? Sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, seluruh rakyat diajak untuk menjaga perpaduan dan itulah salah satu konsep ‘Keluarga Malaysia’ dan sekali lagi, perlakuan Tommy adalah amat tidak bertanggungjawab, jelik dan amat yakin rakyat Malaysia hari ini bijak menilai.

“Bukan sekali Tommy Thomas timbulkan kontroversi, berkali-kali. Sebagai peguam negara yang menggugurkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng sedangkan kes berjalan di mahkamah, hingga berbelas kes lain melibatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sewaktu 22 bulan PH berkuasa. Ini termasuk kes melibatkan naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan kes-kes terkait penyokong kumpulan pengganas LTTE.

“Kemuncak kontroversi apabila cubaan meratifikasi ICERD menyebabkan bukan puluhan ribu tetapi hampir sejuta orang Melayu berarak di hadapan bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, membantah ia diteruskan. Lupakah Tommy bahawa beliau adalah salah seorang operator yang cuba merasional ratifiskasi ICERD apabila Majlis Raja-Raja menitah untuk beliau mengadap,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata walaupun sudah meletak jawatan, Tommy terus mencetus kontroversi dengan menulis sebuah memoir bertajuk ‘Justice In Wilderness’ antara lain menyentuh sejarah peristiwa 13 Mei 1969 dengan menuding kesalahan sepenuhnya kepada Tun Abdul Razak.

“Dalam tulisannya menyatakan Tun Abdul Razak menjadi jurutera di sebalik peristiwa hitam itu kerana tidak sabar untuk menjadi perdana menteri. Ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima langsung.

“Tidak hanya satu kontroversi tidak hanya satu kontroversi lebih dari 10 tuduhan dalam bukunya termasuk kononnya beliau bukan pilihan perdana menteri ketujuh sebagai peguam negara  dan lebih teruk dari itu beliau turut mendakwa diarah oleh Tun Dr Mahathir untuk meletak jawatan sehari selepas beliau dilantik.

“Kontroversi-kontroversi dalam memoir ini menyebabkan rakyat mahu tahu kebenaran disebaliknya dan menggesa diadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut. Perdana Menteri kesembilan bagaimanapun bersetuju supaya satu jawatankuasa khas menyiasat tuduhan-tuduhan penuh kontroversi diterbitkan dalam buku itu,” jelasnya lagi.

Tegasnya, pada minggu lalu Tommy sekali lagi mencetus polemik baharu dengan menuduh ‘kerajaan Melayu gagal’ yang merujuk kepada baik kepimpinan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yasin mahupun Barisan Nasional (BN) BN dibawah Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu Norliza merenung kembali bahawa tuduhan gila tidak berasas ini dilakukan oleh beliau di satu pentas dengan bekas Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan dan Lim Kit Siang.

“Saya yakin terjawablah motif tuduhan baharu penuh kontroversi ini ia hanyalah taktik lama yang dipopularkan oleh Kit Siang iaitu strategi penuh ultra kiasu atau disebut sendiri oleh mantan ‘boss’ mereka Tun Dr Mahathir sebagai ‘chauvinism’ iaitu bermain dengan kad rasial untuk mewujudkan kebencian terlampau terhadap orang Melayu.

“Strategi pemimpin Dap terutama Lim Kit Siang ini sudah lama diperingatkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada 3 Mac 1971 di dalam Dewan Rakyat menyebut bahawa; ‘Ruthless, tricky, smooth, suave, slick political rogues, who use the ‘sensitive issues’ to trick the gullible public into voting them into this house, who use the sensitive issues to assassinate political opponents’.

“Ini bagi menggambarkan ahli-ahli parlimen Dap serta mengkhususkan kepada Lim Kit Siang sendiri”. – ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.