PRU15: Anak Muda Lebih Bijak Menilai, Celik Dengan Fitnah PH

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Anak muda pada kali ini lebih bijak untuk membuat keputusan dalam memilih parti yang terbaik untuk mentadbir negara.

Pengarah Komunikasi Strategik NGO Pemuda UMNO, Mohd Nazrin Faiz Che Abdul Aziz berkata, Pakatan Harapan (PH) hanya mampu memberi harapan namun tidak melunaskan janji mereka ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

“Pertamanya kalau kita lihat, PH ini hanya mampu memberi harapan sahaja. Selepas 22 bulan memerintah kita lihat mereka tidak pun melunaskan janji-janji yang mereka buat. Jadi sebenarnya hari ini dia nak cuit-cuit, dia nak test kita punya perpaduan, dia nak check kekuatan mental kita macam mana.

“Bagi saya sebagai penyokong UMNO/BN dan juga orang di luar sana kena tolak PH ini kerana kalau dah 22 bulan pun mereka tidak melaksanakan janji, macam mana kita nak bagi peluang kepada mereka? Orang kata, ‘pisang jangan berbuah dua kali’,” katanya.

Menurut Mohd Nazrin lagi, pengalaman mentadbir yang ada pada UMNO/BN merupakan satu bukti bahawa hanya parti ini yang mampu untuk memastikan pembangunan Malaysia lebih maju dan mampan.

“Kenapa UMNO/BN kena menang? Kerana kita dah ada pengalaman dan yang paling penting track record kita. Kita dulu dah ada pengalaman masa PH, lepastu kita dah merasa zaman Perikatan Nasional (PN) dan hari ini Keluarga Malaysia.

“Adik-adik dan kawan-kawan semua, kalau kita tengok track record mana yang terbaik? UMNO/BN sahaja yang terbukti melunaskan janji, apa manifesto yang kita janjikan pun kita laksanakan.

“Jadi, jangan silap pilih. Hanya UMNO/BN sahaja yang boleh memerintah kerajaan dan memastikan Malaysia mercu serta membangun dengan lebih baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja UMNOSiswa Malaysia, Ainool Husaini Md. Yatim berpendapat, 22 bulan telah menjadi bukti bahawa PH tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya mampu untuk menabur fitnah.

“Pada hemat saya, anak muda pada kali ini tidak bodoh. Cukuplah sekali kita ditipu, cukuplah sekali kita dikhianati, 22 bulan telah menjadi bukti bahawa PH ini tidak memperjuangkan rakyat, tetapi hanya bangkit untuk memfitnah, menipu dan ‘mengencing’ rakyat.

“Inilah semangat anak muda yang ingin UMNOSiswa tampilkan. Kita memperjuangkan isu-isu berkaitan sosioekonomi dan juga pendidikan yang sangat relevan di bawa ke hadapan demi kestabilan politik dan untuk melahirkan lebih ramai lagi pelapis pada hari ini,” katanya kepada UMNO Online.

Menurut Ainool lagi, anak muda seharusnya lebih cakna dengan isu semasa dan turut berpesan agar mereka memilih parti yang sememangnya mampu untuk menawarkan kestabilan untuk generasi yang akan datang.

“Pada pendapat saya, anak muda kini harus cakna tentang isu semasa dan untuk yang akan datang. Kita perlu fikirkan nasib kita kerana pemuda hari ini adalah pemimpin pada waktu yang akan datang.

“Kita lihat di ibu kota raya, kita lihat di kawasan-kawasan pedalaman ramai anak muda yang inginkan peluang. Jadi saya mengajak rakan-rakan semua untuk memilih yang terbaik demi kestabilan dan kemakmuran generasi akan datang,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.