“Dulu, Kini Dan Selamanya UMNO” – Khairy

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan beliau masih ahli UMNO dan akan tetap bersama parti itu selamanya walau apa keadaan sekalipun.

Ahli Parlimen Rembau itu sekali gus menafikan video bertajuk “KJ Keluar UMNO!! Sah, Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin!!” yang disiarkan menerusi Youtube, pada 14 Sept lepas.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang KP (Ketua Pemuda UMNO) tapi tak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO.

“… macam-macam penganiayaan politik, tetap UMNO. Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya menerusi Instagram. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.