PPBM Sudah Muflis Politik, Minta Ehsan Kekuatan Parti Lain – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 8 Sept – PPBM sudah menjadi muflis politik, meminta ehsan kekuatan parti lain serta tidak malu meminta sokongan dari parti yang pernah mereka khianati, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Jelasnya, apa yang PPBM ada pada hari ini hanyalah saki-baki kuasa, iaitu tidak ada sokongan serta mengharapkan sokongan Pas meskipun parti itu sudah mengetahui muslihat mereka berunding dengan Pakatan Harapan (PH).

“Muhyiddin kata mereka kuat, ramai sokong PPBM kerana parti mereka yang boleh dipercayai. Biasalah, cakap besar ni bagi mereka yang nak berlagak, berlagak pada tempat yang tidak sepatutnya.

“Muhyiddin Yassin cuba untuk pengaruh wakil dalam Pas untuk menerima PKR, Dap dan PAN. Muhyiddin buat demi kuasa, prinsip boleh letak tepi. Biasalah, Tun Mahathir pun beliau boleh tikam belakang, mana nak cerita prinsip.

“Walau ada di kalangan Pas yang setuju, di kalangan mereka yang rapat dengan Hamzah dan Muhyiddin, namun di Muktamar baru ini, Pas tidak menerima sekali lagi PH dan Khemah Besar Muhyiddin. Itu suara akar umbi Pas,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Katanya, cubaan membawa PH ini sama di dalam UMNO/Barisan Nasional(BN), apabila ada yang memandai mahu membawa PPBM dalam UMNO/BN meskipun suara akar umbi dan MKT sudah membuat keputusan.

“Cubaan membawa PH ini samalah di dalam UMNO, ada mereka yang memandai mahu membawa PPBM dalam UMNO/BN. Walaupun suara akar umbi dan MKT sudah buat keputusan, ada kalangan mereka yang tidak malu bercakap di luar kononya PPBM ini perlu untuk kemenangan UMNO/BN, walaupun sudah ditunjukkan jalan, kemenangan Melaka dan Johor.

“PPBM adalah parti tepi jalan yang menang dari sokongan parti lain. Sebelum ini, mereka menang kerana pengundi Dap dan PKR menyokong mereka. Namun, apabila mendapat kuasa, mereka mahu menjadi abang besar, dengan kerusi yang sedikit, mereka menjadi Perdana Menteri malah semua ahli Parlimen PPBM mendapat jawatan besar,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.