PRU 15 Demi Rakyat Dan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat perlu diselamatkan daripada dikelirukan lagi oleh mereka kerana natijahnya amatlah buruk untuk masa depan negara.

Jelasnya, ianya sudah banyak tahun berlalu sejak 9 Mei 2018 negara berdepan dengan kegagalan demi kegagalan dalam segenap aspek.

“Kita perlu menghentikannya demi kemaslahatan Malaysia. Pilihan Raya Umum (PRU) 15 bukan semata-mata tentang Barisan Nasional (BN) tetapi ia adalah demi rakyat dan negara.

“Kenyataan ini bukan retorik, sebaliknya ia adalah kaedah paling berkesan dan berperlembagaan untuk memulihkan negara dan kehidupan masyarakat. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada hasutan mereka sekali lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Ahmad Zahid, BN meminta PRU 15 disegerakan bukan kerana takut sama sekali tidak berkaitan kes mahkamah yang dikenakan terhadap pemimpin BN.

“Saksikan tindakan mahkamah dikenakan ke atas pemimpin BN selepas mereka berkuasa kami harungi dengan tabah dan beranilah kerana benar.

“Kita minta PRU-15 diadakan segera kerana kita tahu apa yang sedang diusahakan oleh lawan untuk memanipulasi fikiran rakyat.

“Mereka sedang mencipta pelbagai naratif untuk memburuk-burukkan pemimpin BN sama seperti mereka lakukan pada PRU-14,” katanya lagi.

Tegasnya, mereka dalam terdesak sedang menggerakkan segala saki baki ‘kuasa’ yang masih dalam genggaman untuk melancarkan propaganda baharu.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.