PRU15: Selepas PRN, Lebih Bermakna Jika BN Diberi Kepercayaan Di Peringkat Pusat – Haslinda

JOHOR BAHRU, 2 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh penuh yakin serta percaya jika Barisan Nasional (BN) mendapat kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuklah Parlimen Labis, maka tentunya pelbagai manfaat akan dapat dinikmati oleh masyarakat.

Ini kerana katanya senario berkenaan akan memudahkan gerak kerja serta pelbagai pelaksanaan kelak setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang serta DUN Bekok telah diwakili oleh BN yang bekerja sebaiknya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Kalau melihat kemenangan BN selepas PRN sebelum ini dan gerak kerja yang dilakukan oleh waki-lwakil rakyat yang ada sekarang, maka saya berharap agar rakyat berilah kepercayaan kepada kami sekali lagi untuk menerajui Parlimen dan negara pula.

“Sebagai contoh dalam Parlimen Labis, kami yang diberikan kepercayaan di DUN Tenang dan DUN Bekok oleh rakyat pada PRN lalu bergabung tenaga membantu masyarakat setempat. Kami berdua saling bekerjasama antara satu dengan yang lain dan kita tidak kisah kawasan mana sekali pun kerana yang penting dan utama adalah kepentingan rakyat.

“Mana yang DUN Bekok boleh ‘cover’, mereka akan ‘cover’ dan begitu jugalah sebaliknya jika DUN Tenang boleh ‘cover’ kita akan ‘cover’. Jadi kami berdua akan bergabung untuk memajukan Labis itu sendiri dan pada masa yang sama kami akan bekerja bagi memenangkan pula calon BN di peringkat Parlimen nanti.

“Sebab parlimen ini lagi besar dan lagi boleh membantu sekiranyalah diberikan peluang ketiga-tiganya datang daripada BN itu sendiri dan saya optimis malah lebih yakin rakyat lebih terbela… lebih orang kata mendapat manfaat daripada sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Haslinda yang juga Ketua Wanita UMNO Labis seterusnya menambah rakyat hari ini rata-rata sepertimana yang diperkatakan oleh pelbagai pihak mempunyai pengalaman yang tersendiri dan terpulang kepada masing-masing untuk membuat pilihan kelak.

“Sebenarnya rakyat kena fikir semula, pengalaman yang ada sebelum ini takkanlah tidak mengajar mereka untuk belajar daripada keadaan sebelum ini. Pengalaman mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menilai sesuatu itu berdasarkan fakta yang sebenar.

“Fitnah berlegar dan senang sahaja untuk melakukan fitnah serta manipulasi. Duduk depan komputer dan dengan handphone boleh tulis apa sahaja, namun kita sebagai rakyat dah rasa serta alami malah dah tahu selain boleh membezakan antara kerajaan selepas BN dan sebelum itu.

“Macam mana nak buat kereta terbang, isu kenaikan minyak sawit… itu semua tidak masuk akal. Jadi pilihlah yang betul-betul untuk pilihan raya yang akan datang ini, insya-Allah kami berjanji akan bekerja untuk rakyat,” tambahnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.