Peristiwa Duka Najib Tidak Melemahkan, Bahkan Menguatkan UMNO/BN

 

KUANTAN, 30 Ogos – Peristiwa yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak langsung tidak memberi sebarang kesan negatif kepada perjuangan yang dibawa oleh UMNO.

Jelas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, hal tersebut ternyata menambah kuatkan lagi semangat UMNO/BN untuk bertempur di medan perang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

“Saya boleh katakan begini ya. Apa yang menimpa Datuk Seri Najib beberapa hari yang lalu menambah kuatkan lagi semangat orang UMNO kerana ramai cakap, UMNO dah lemah semangat sebab Najib ditahan dan dipenjarakan.

“Cuba lihat pada Majlis Perjumpaan bersama Kepimpinan Parti Kompenan BN Negeri Pahang yang diadakan, kita hadkan kepada pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) sahaja. Kalau kita keluarkan ketua cawangan, mahu beribu-ribu yang datang sehingga boleh memenuhi Stadium Darul Makmur,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan bersama Kepimpinan Parti Komponen BN Negeri Pahang, di sini, pada Isnin.

Terdahulu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PRU BN semasa menyampaikan ucapan berkata, untuk memberikan semangat kepada Najib, gerak kerja perlulah dilakukan supaya Negeri Pahang menang lebih besar serta berjaya menawan Putrajaya.

“Jangan pandang enteng maka buatlah gerak kerja. Kita bercakap tentang minggu dan hari. Kita nak berikan semangat untuk Datuk Seri Najib maka pastikan Negeri Pahang menang lebih besar dan kita menang di Putrajaya.

“Memancung biar putus, menggantung biar tinggi. Kita buat elok-elok supaya kita boleh menguasai semula Putrajaya,” katanya lagi.

Majlis Perjumpaan bersama Kepimpinan Parti Komponen BN Negeri Pahang yang diadakan pada Isnin mengumpulkan lebih 2,000 orang, terdiri daripada ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta pengerusi Jalinan Rakyat (JR) bagi setiap PDM. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.