Simbolik Laungan Merdeka: ‘Menara Merdeka PNB 118’, Visi Malaysia Negara Maju – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkongsi di Facebooknya lintasan helikopter yang merentasi ‘Menara Merdeka PNB 118’ yang dianggap mempunyai makna yang amat signifikan.

Bagi beliau yang juga Ahli Parlimen lenggong, itulah visi Malaysia Negara Maju dan pada masa yang sama boleh dikatakan menara berkenaan adalah simbolik gambaran Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan “MERDEKA”.

“Lihatlah gambar ini. Helikopter melintasi “Menara Merdeka PNB 118” yang menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia. Kini kita semakin hampir ke tarikh 31 Ogos 2022. Maknanya sambutan Hari Kebangsaan kian dekat.

“Terasa hebatnya kita. Namun jangan lupa. Tanggal 2011 Datuk Seri Najib Razak umumkan dalam Bajet 2011 menara ini akan dibina. Beliau yang lancarkan Fasa Pertama pada 2016. Bila siap nanti. Jangan kita lupa jasanya,” katanya.

Menerusi gambar yang dikongsikannya, kelihatan empat buah Helikopter melintasi Menara Merdeka PNB 118 yang berkemungkinan sebagai persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Kata beliau lagi bangunan berkenaan yang merupakan hasil cetusan idea Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja tertinggi di Malaysia malah tertinggi di Asia Tenggara serta kedua di dunia.

“Bangunan tertinggi di Malaysia, dan tertinggi di Asia Tenggara serta kedua tertinggi di dunia (selepas Burj Khalifah Di Dubai) adalah ‘hasil idea’ Najib Razak. (Menara ini simbolik gambaran Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan “MERDEKA”).

“Inilah visinya ke arah Malaysia Negara Maju. Sedih dengan kehilangan tokoh ini,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.