Malaysia Bakal Terima Pelaburan Berjumlah Hampir RM34 Bilion Daripada Ajlan Bros

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (US$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan.

Sembilan syarikat terbabit ialah Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd and My Events Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ajlan Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang.

Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada US$15 bilion serta hasil lebih US$2 billon. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.