Petisyen Pengampunan Diraja Untuk Najib Dilancarkan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Satu petisyen dalam talian dilancarkan menerusi change.org bagi solidari pengampunan diraja untuk Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Orang ramai boleh meluahkan petisyen berkenaan dalam usaha meyokong pengampunan tersebut.

Petisyen itu antara lain menyatakan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, ekonomi Malaysia berada dipuncaknya dengan pelbagai inisiatif ekonomi, penambahbaikan sosial, dana untuk pelajar dan kemasukan pelaburan asing tertinggi.

Turut dinyatakan juga kepimpinan Datuk Seri Najib Razak turut disenangi dua kuasa ekonomi utama dunia Amerika Syarikat dan China.

“Beliau juga sentiasa berbaik-baik dengan negara tetangga, menjaga hati pemimpin Arab tetapi dalam masa sama masih menghormati negara dalam pertikaian, Taiwan.

“Polisi ekonomi Datuk Seri Najib Razak yang memindahkan pemilikan khazanah rakyat dari taikun-taikun tertentu kepada syarikat milikan negara menyebabkan ada pihak sakit hati sekali gus memulakan plot politik jahat,” kata petisyen itu.- UMNO Online

Link untuk petisyen boleh dicapai menerusi url berikut :

https://chng.it/ZHsKDHVq

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.