UMNO Rakam Takziah Isteri Mantan Yang Dipertua Melaka Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di atas pemergiaan isteri beliau iaitu Toh Puan Zurina Kassim.

Dilaporkan Allahyarhamah meninggal dunia di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Menurut sumber Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada 3.30 petang manakala pengebumian pula akan disempurnakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini selepas Solat Asar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.