Melaka Tambah Peruntukan Untuk Pembangunan Sekolah – Sulaiman

REMBIA 1 Ogos – Kerajaan negeri memperuntukkan tambahan RM300,000 sekali gus menggenapkan peruntukan sebanyak RM1 juta akan diagihkan bagi tujuan pembangunan kecemerlangan di semua sekolah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan yang sebelum ini diumumkan hanya RM700,000 pada pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka lalu ditambah dan akan mula diagihkan pada bulan ini juga.

Beliau berharap dana yang diperuntukkan itu mampu membentuk kemenjadian pelajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. – Melaka Hari Ini

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.