Konvensyen BN Sabah ‘Wake-Up Call’ Menjelang PRU15 – Jafry

KOTA KINABALU, 2 Julai – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan bahawa pelaksanaan Konvensyen BN negeri terbabit adalah ‘wake-up call’ untuk jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 nanti.

Katanya, biarpun keseluruhan parti telah bersedia namun Konvensyen BN ini adalah satu kesiapsiagaan untuk jentera keseluruhan.

“Konvensyen BN Sabah ini bertujuan sebagai ‘wake-up call’ untuk menghadapi PRU. Kita mahu sediakan satu kesiapsiagaan yang menyeluruh untuk jentera di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, BN fokus kepada jentera untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Selepas ini kita akan laksanakan Himpunan Gelombang Biru yang akan dibuat mengikut zon-zon yang telah ditetapkan dengan bermula di Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan aluan dalam Konvensyen BN Sabah yang diadakan hari ini, di sini.

Konvensyen yang dihadiri lebih 5,000 peserta menghimpunkan jentera parti dari anggota kompenan BN meliputi seluruh negeri Sabah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.