UMNO ‘Move Forward’… Tidak Perlu Layan Cerita Basi, Perkemas Parti Sebaiknya – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pengarah Komonikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berpandangan UMNO perlu ‘Move Forward’ dengan memperkemaskan jentera parti sebaiknya dan tidak melayani perkara yang timbul kerana ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada parti berkenaan.

Menurut beliau apa yang ditimbulkan oleh segelintir pihak hanyalah sekadar untuk mewujudkan kebencian terhadap reputasi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukannya kepada parti itu sendiri.

“Sebaiknya UMNO ‘move forward’ dengan matlamat memperkemaskan jentera parti dan bina kesedaran pada rakyat untuk berdepan PRU 15, tak perlu untuk pimpinan UMNO buat apa-apa penjelasan.

“Mana dalam sejarah politik malaysia pemimpin kena pecat puji yang memecat, itu adalah lumrah, kalau ada pasti ianya pelik bin ajaib. Dalam MKT UMNO ‘orang itu’ adalah antara yang paling ‘senior’ sepatutnya kalau dikatakan pemimpin dan pejuang Melayu dan Islam seharusnya ditunjukanlah sifat pemimpin islam dan perbetulkanlah niat.

“Dalam Sirah sahabat Nabi RA, Saidina Umar Al Khatab RA pernah memecat seorang panglima tentera Islam paling hebat iaitu Khalid Al Walid dari mengepalai peperangan atas sebab kepentingan jemaah dan agama. Namun Khalid Al Walid tetap turun berperang hanya sebagai prajurit biasa kerana katanya aku berperang bukan kerana si polan dan si polan tetapi kerana Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Tambah Syed Mohd Johan lagi, Presiden dan pemimpin yang disebut nama tak perlu melayani kenyataan seperti ini kerana apa yang didedahkan dan jika benar sekali pun sudah tidak lagi relevan kerana keputusan Perhimpunan Agung UMNO telah memutuskan tiada kerjasama dengan Anwar atau PKR.

“Rata-rata ahli UMNO dilihat ‘relax’ sahaja sebab jika ianya berlaku sekalipun, ia sudah basi kerana ianya telah bertentangan dengan kehendak akar umbi yang telah diputuskan oleh PAU. Rakyat pula dilihat meraikan pemecatan ini kerana pada mata rakyat sudah tiba masanya pemimpin baru yang lebih bertenaga segar di angkat dalam MKT seiring dengan zaman dan kehendak masa kini,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.