UMNO Terus Bersama Rakyat… Tindakan Bijak PM Tidak Naikkan Tarif Elektrik, Air Dan Mengapungkan Harga Ayam

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar tarif elektrik, air dan mengapungkan harga ayam adalah satu tindakan yang bijak dari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail, ianya membuktikan keprihatinan kerajaan agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan harga  dan kos sara hidup.

“Saya rasa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil inisiatif untuk tidak mengapungkan harga ayam, tidak menaikkan tariff air dan  elektrik  walaupun  Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memaklumkan kos bahan api meningkat lebih 500 peratus berbanding tahun lalu.

“Peningkatan tetap akan berlaku apatah lagi diburukkan lagi dengan peperangan antara Russia dan Ukraine. Apa yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah satu yang bertepatan pada masa ini dan negara tidak mampu menanggung subsidi yang terjangkau masa panjang.

“Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini adalah bertepatan dan rakyat harus bersedia menghadapi tarif kenaikan itu disebabkan krisis global,” katanya ketika dihubungi oleh UMNO Online, di sini.

Dalam pada itu kata Yusof sekiranya negara ini masih lagi diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) maka ianya akan rosak binasa kerana tidak tahu mengurus dan mentadbir negara.

“Kerajaan PH ditubuhkan adalah semata-mata  kerajaan yang dendam. Apabila menjadi kerajaan ianya tidak mampu mentadbir negara dan tidak ada satu perkara yang PH boleh lakukan seperti janji-janji yang terkandung dalam manifestonya apatahlagi untuk menandingi krisis yang dihadapi sekarang ini.

“Saya rasa jika kerajaan PH memerintah sekarang ini rakyat akan mati kelaparan,” tegasnya  – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.