Bukan ‘Flip Flop’, Tindakan PM Bukti Kepimpinan UMNO Sedar Kepentingan Rakyat – Sharkar

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menganggap langkah yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memulihkan ekonomi membuktikan bahawa kepimpinan UMNO menyedari sensitiviti rakyat.

Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa apa-apa keputusan yang dibuat oleh PM bukan ‘flip-flop’ tetapi demi mengambil kira kepentingan rakyat.

“Ia adalah tindakan yang bijak dan bukti PM memahami permasalahan rakyat. Apatah lagi fenomena yang berlaku adalah fenomena seluruh dunia jadi PM perlu ‘check n balance’ agar rakyat tidak terbeban,” katanya.

Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata demikian berhubung langkah PM pada Rabu lepas yang mengumumkan kerajaan mengekalkan subsidi minyak masak sebanyak RM4 bilion untuk tahun ini bagi menanggung kategori minyak masak kampit satu kilogram (kg).

Katanya, apa yang penting adalah kebahagiaan dan kesejateraan rakyat kerana inilah kerajaan Keluarga Malaysia

“Masa PM umum mula-mula tak sangka reaksi rakyat, namun kemudiannya beliau menyedari kepentingan rakyat adalah keutamaan.

“Ini juga jelas menunjukkan PM adalah seorang pemimpin yang sentiasa mendengar suara rakyat,” katanya lagi.

Dilaporkan, keputusan lain yang dibuat oleh Ismail Sabri ialah tidak menaikkan tarif elektrik dan air serta tidak apungkan harga ayam untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Ismail Sabri pada sidang medianya juga mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.