Karnival Kerjaya Inisiatif Terbaik Dilaksana Pemuda BN Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) ternyata membawa lembaran baharu buat mereka yang sedang mencari perkerjaan.

Bagi Haziq Abdul Rahman yang merupakan pengunjung di karnival terbabit meluahkan penghargaan dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pemuda BN.

“Program anjuran BN sebegini adalah amat baik dan membuka kembali peluang kepada orang ramai untuk cari peluang pekerjaan yang mereka inginkan.

“Sebab selama ini mereka lihat peluang pekerjaan yang mana dibuat secara dalam talian atau di rumah tapi kali ini lebih kepada bekerja secara bersemuka dengan majikan,” ujar beliau

Bagi Naib Ketua Pemuda Bandar Tun Razak, Mohd Riziqin Hillan Md Hasbullah, beliau berkata tidak hanya fokus kepada lepasan institusi pendidikan tinggi karnival ini juga meliputi semua jenis peluang pekerjaan tanpa mengira status pelajaran.

“Penganjuran ini sangat baik sebab kita diberitahu ada lebih kurang 20,000 tawaran kerja yang ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, golongan belia dan graduan yang telah tamat belajar.

“Saya lihat memang banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan cuma golongan belia terutama di luar sana yang tak berapa nak nampak… bagus sebab mereka boleh datang dan tengok sendiri kerja-kerja ini,” katanya.

Program anjuran Pergerakan Pemuda BN/UMNO ini bermula 24 hingga 26 Jun ini menyaksikan lebih 20,000 tawaran pekerjaan disediakan meliputi kepada semua lepasan pelajaran.

Laman web www.bnjobfair.com juga disediakan oleh pihak penganjur sempena karnival ini bagi memudahkan pengunjung untuk mendaftarkan diri dan memuatnaik resume.

Selain itu pendaftaran secara walk-in juga disediakan bagi pengunjung yang tidak sempat untuk mendaftar secara online.

Setiap pengunjung juga akan diberikan QR Code untuk memudahkan resume mereka diakses oleh majikan – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.