Peralihan Ke Fasa Endemik Beri Kesan Positif Pulihkan Ekonomi Negara – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 19 April – Fasa Peralihan ke Endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa jelas memberi kesan baik kepada ekonomi negara berbanding fasa pandemik sejak dua tahun lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kuasa jual beli semakin menunjukkan peningkatan iaitu jika diperhatikan pasar raya, pusat beli belah termasuk bazar-bazar ramadan mula dikunjungi oleh orang ramai.

“Rakyat mula keluar untuk urusan menjalankan pernigaaan dan membeli belah begitu juga apabila sempadan negara mula dibuka ekonomi antarabangsa sedikit sebanyak mula meingkat,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjuan di Bazar Ramadan Asia City dekat sini kemarin.

Menurut Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya peralihan ke fasa endemik yang bermula 1 April lepas menjadi permulaan baharu untuk rakyat Malaysia membebaskan diri setelah dua tahun berperang dengan penularan pandemik COVID-19

Katanya, peralihan fasa tersebut adalah strategi yang membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan hampir normal iaitu tindakan ini merupakan petanda positif bagi kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memulihkan ekonomi mereka yang terjejas sebelum ini.

Dalam pada itu Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah turut mengingatkan rakyat supaya tidak leka dan patuh cara hidup baharu yang ditetapkan kerajaan menjelang negara bakal ‘berdamai’ dengan COVID-19.

Dalam perkembangan yang sama Bung Moktar juga berkata pergerakan keluar masuk (sektor pelancongan) masih lagi terhad walaupun kedatangan pelancong banyak memberi kesan kepada ekonomi negara seperti membeli-belah, pengangkutan dan hotel.

“Dari segi pelancong domestik, ia dilihat meningkat kerana rakyat kita mula melancong dalam negara dan kita yakin ini akan berterusan,” katanya.

Turut serta dalam tinjuan tersebut Setiausaha Politik Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Mohd Kurniawan Naim Moktar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.